follow
dash
fohfaifsik

Saya selalu tanya kenapa penggunaan terma loyar buruk.Kenapa bukan tayar buruk ataupun loyar beruk? -Rahman Kassim

Klik "CERPEN" untuk teruja.

Posted on 08 April, 2015 at @ 6:44 AM, you can leave your comment (0) (0)
Hai
Aku seorang yang menulis sesuatu post yang baru dekat bahagian HTML dan bukannya bahagian Compose.Kenapa kalau orang tanya jikalau ade yang menanya padahal aku rasa takkan ade sesiapa yang kisah, aku akan jawab sebab pada aku tulisan bila aku menaip dekat bahagian HTML akan menjadi lawa dan kemas.Dan aku suka.Bila aku suka,hati aku riang.Bila aku riang macam macam-macam perkara apat diselesaikan dengan mudah selepas itu.Misalnya,aku dapat memakai bedak compact tanpa perlu rasa gelabah lalu dengan secara tak sengaja menjatuhkan bedak itu dan nyawa bedak tersebut berada di hujung tanduk seekor lembu dan akhirnya jatuh berkecai.Ataupun contoh kedua,bila hati aku rasa resah,aku akan takut untuk menggoreng beberapa biji nugget sebagai alas perut kerana malas untuk menyediakan lauk.Lalu aku menggoreng dengan perasaan gundah gulana.Di mana pada akhirnya aku sendiri yang takut dengan minyak yang panas akan merecik ke tangan aku padahal minyak hanyalah setitik.Namun pada pandangan mata aku, minyak tersebut nampak besar seperti skrin di setiap sisi Bangunan UMNO yang selalu menjadi tatapan aku pada setiap malam sepanjang dua tahun yang lalu semasa aku masih lagi bermastautin di Bandaraya Kuala Lumpur.

Tapi sekarang itu bukanlah cerita utama dalam entry pertama aku pada tahun ini,2015. HAHAHAHAHAH gelak sikit.Tajuk aku tulis Hai.Hai aku untuk semua yang baca ataupun tak baca,aku sekadar berkongsi.Memandangkan semalam aku baru sahaja menemankan adik adik aku ke taman permainan kerana Amira ingin menunjukkan kehebatannya bermain di Monkey Bar,aku pun turutkan.Walaupun rasa malas semalas malasnya sememangnya bagaikan plasma yang terbentuk hampir 90% di dalam darah aku.Kerana manjaga air muka sebagai seorang remaja perempuan berusia 18 tahun,aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di buai sambil mengharap angin dapat menggerakkan buai yang aku duduk itu kerana malas untuk menghayun sendiri.

Sambil menikmati pandangan melihat sekolompok kanak-kanak berusia 6-10 tahun bermain bola sepak,manakala di hujung padang ada ibu dan dua orang anaknya yang asyik mengambil gambar di bawah pokok bunga yang luruh yang aku sendiri tidak pasti apa namanya.Terasa macam melihat pelancong yang mengambil gambar di negara yang mengalami musim luruh!bahuku ditepuk.Ah sudah.Aku pasrah apa sahaja.Seorang makcik yang menenami anaknya bermain di taman tersebut bertanya kepada aku.Soalan biasa yang ditanya oleh seorang masyarakat Malaysia kepada seorang pengganggur lepasan SPM seperti aku.

"Sekarang buat apa?"
"Tidak kerja kah?"
"Nak sambung mana?"
"Kenapa badan kecik sangat?"


Sebagai seorang yang masih di bawah usia,aku dengarkan sahaja soalan secara bertubi itu.Baru sahaja ingin membuka mulut,adik lelakiku,Haziq mengajak kami pulang kerana sudah bosan agaknya kerana dia bukanlah seperti budak lelaki yang normal yang bergaul dengan kanak-kanak lain.Dia hanyalah seorang anak manja yang kulitnya masih mulus belum pernah disentuh sebarang kesan lebam ataupun dicalarkan oleh luka.Aku segera meminta maaf dari mak cik tersebut dan mngambil peluang emas itu untuk segera pulang ke rumah dan sambung drama korea kegemaran yang sedang menuju ke episod-episod terakhir,Only Love.itu sahaja cerita,selamat tinggal.

p/s;;Aku bercadang untuk berkongsi mengenai kisah aku yang akan memakai braces bulan ini ataupun bulan hadapan kerana manakan tahu,ade seorang yang memerlukan bantuan seperti aku,yang mahu memakai braces dan memerlukan pengetahuan.....ah apa-apa je la.