follow
dash
fohfaifsik

Saya selalu tanya kenapa penggunaan terma loyar buruk.Kenapa bukan tayar buruk ataupun loyar beruk? -Rahman Kassim

Klik "CERPEN" untuk teruja.

Posted on 13 April, 2015 at @ 6:59 AM, you can leave your comment (1) (0)
Sama -part 1
PAGI ITU

Sebelum aku melangkah keluar meninggalkan meja makan pada pagi itu,aku berfikir sejenak. Apakah sebab utamanya aku berangkat ke sekolah pada pagi tu? Kalau sebab nak belajar, rasanya kelas Cikgu Rossi tu sememangnya membosankan. Kalau aku tidur sepanjang masa semasa dia sibuk membaca buku teks semasa subjek Sejarah tu pun bukan dia perasan. Kalau aku tetapkan minda sebab tak nak dapat surat amaran ponteng yang ketiga lagi lah huru hara. Tak pasal-pasal hubungan aku dengan Pn Noraishah semakin ke laut,lagi lah aku tak mahu.Tidak semena-mena die memotong elaun bulanan yang dia masukkan ke dalam akaun bank aku setiap bulan. Aku berfikir lagi, kalau dia potong, lagi sumber yang aku boleh dapat kalau aku nak duit belanja? Duit beli rokok?Mintak ayah? Mintak simpang. Sudah berbulan-bulan rasanya aku dan dia tidak bersembang.Bukan aku yang tidak mahu,ayah yang mengelak dari berjumpa dengan aku, anak lelaki tunggalnya. Ini semua sebab aku terlajak kata semasa berbual dengannya. Waktu tu hubungan kami masih elok. Masih normal sebagai hubungan ayah dan anak lelaki yang biasa kita boleh nampak dalam drama televisyen. Tapi entah kenapa, mungkin otakku pada waktu itu tidak waras aku telah memerli ayah kerana berkahwin dengan Puan Noraishah empat bulan sebaik sahaja ibu kandungku meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Minda mentahku menganggap ibuku meninggal dunia gara-gara ayahku yang merancang kemalangan tersebut agar ayah dapat berkahwin dengan Pn Noraishah. Ah memang kolot aku pada waktu tu.

Ah pagi-pagi aku sudah banyak berfikir. Kasut converse lusuh pemberian ibu aku sarung, beg Nike merah hitam aku galas. Belum sempat aku menolak pintu pagar, Nurina, adik perempuanku memanggil.

"Rin,harini kau pergi sekolah dengan aku. Mama suruh. Dia risau kalau kau melencong tempat lain."

"Jangan risau dik. Hari ini kaki aku memang nak pergi sekolah pun. Rasanya peminat-peminat aku dah pun tunggu dekat tepi pintu pagar."

"Aku bukan apa Rin. Aku pegang amanah mama. Dia tak boleh hantar kita pagi ni. Dia memang berharap sangat kau pergi sekolah dengan aku."

"Aku pun bukan apa dik. Aku tak nak kecewakan peminat aku dengan berjalan dengan kau. Maluuu oi."

Aku pun berlalu meninggalkan Nurina. Laju sahaja kakiku meluncur meninggalkan rumah ayah pagi itu sambil ada juga aku dengar Nurina mencarut-carut dalam bahasa remaja zaman sekarang.Macam dalam bahasa Inggeris. Takpe dik,abang kau ni tak pandai bahasa Inggeris. Kau cakaplah apa sahaja bukan abang kau ni faham.Tetapi Puan Noraishah lain. Dia faham.Pernah sekali,Nurina yang taat dengan Puan Noraishah tu dipiat telinganya kerana mengata aku yang bukan-bukan dalam bahasa Inggeris. Damn Fuck Ass.... Begitu rasanya bunyinya.Kalau tak silap ingatan aku la. Aku hitung masuk dua hari Nurina tidak menolong Puan Noraishah memasak di dapur. Tetapi dua hari sahaja lah. Masuk hari ketiga, kesedihan Nurina terubat apabila Puan Noraishah membawa Nurina ke suatu gudang membeli belah. Ada juga Puan Noraishah mengajak aku bersama. Tetapi aku menolak dengan sopan kerana pada waktu itu aku baru sahaja kantoi merokok di depan nya.Balik sahaja tahu tahu aku nampak Nurina sudah menukar telefon Samsung yang baru berusia dua bulan kepada sejenis telefon yang ada lambang Apple di belakangnya. Takguna. Patutlah ketaatan Nurina dekat Puan Noraishah semakin kuat. Ade udang di balik batu. Kalau aku tahu,aku setuju jugak dengan pelawaan Puan Noraishah walaupun rugi sebtang puntung rokok pada hari tu. Dua kali takguna.

Aku memang bercadang mahu jalan secara lenggang kangkung sahaja pagi tu menuju ke sekolah agar tidak mengecewakan Nurina,Puan Noraishah dan ayah. Sekejap, ayah? Pernah aku terfikir jauh melangkaui landasan fikiran remaja enam belas tahun, sejak beberapa bulan yang lalu tidak rindukah ayah pada Nazrin? Apakah besar sangat dosa yang Nazrin telah lakukan terhadap ayah? Sedangkan hubungan Nazrin dengan Puan Noraishah baik baik sahaja. Malah Puan Noraishah sediakan sahaja lauk kegemaran Nazrin walaupun Nazrin meminta dengan hanya menghantar mesej melalui WHATSAPP kepada Puan Noraishah. Puan Noraishah masak udang masak sambal semangkuk besar untuk Nazrin,tapi Nazrin tahu. Semasa Nazrin pulang dari rumah Aqila kerana mengambil nota Fizik, makan malam sudah habis. Nazrin juga tahu bahawa ayahlah yang telah menghabiskan semangkuk sambal udang Nazrin yang telah Puan Noraishah sediakan khas untuk Nazrin.Nazrin juga diberitahu bahawa Puan Noraishah telah menghalang ayah dari menghabiskan sambal udang tersebut kerana Nazrin masih belum menjamu, tetapi ayah mengendahkan kata-kata hikmat Puan Noraishah walaupun Nazrin tahu ayah amat mencintai Puan Noraishah dengan sepenuh jiwa raga ayah. Ayah tidak perlu mengesahkan semua perkara yang Nazrin telah dakwa kepada ayah kerana segalanya telah diberitahu Nazrin oleh Nurina. Nurina sangat jujur orangnya dalam bab-bab kekeluargaan. Nazrin percaya adik.

Lima minit rasanya aku ambil untuk memikirkan kisah antara aku dan ayah. Mungkin lebih sebab aku main agak sahaja. Aku mula perasan yang perjalanan aku ke sekolah tidak macam biasa. Macam aku sudah melalui jalan yang berlainan. Lorong yang sepatutnya aku belok, aku tidak belok. Malah aku telah berjalan terus melalui kedai makan Mak Mah. Malu sebenarnya untuk seorang lelaki yang masih beruniform sekolah yang lengkap dengan kemeja masuk ke dalam seluar melalui sebuah kedai makan yang menjual sarapan pagi pada waktu-waktu begini.

"Ah sudah. Lantaklah. Hari ini aku nak ponteng. Manatahu dapat cari kawan ke. Boleh buat sembang cerita masalah aku dengan ayah." Fikirku laju.

Mataku terus menangkap sebuah bilik air lama di belakang warung Mak Mah. Memang tepat dengan masanya. Mungkin Mak Mah sengaja menyediakan sebuah bilik air tersebut kepada remaja yang mempunyai masalah seperti aku, fikirku lagi. Dengan sehelai baju t-shirt hitam berjenama Adidas yang aku memang sengaja simpan di dalam beg galasku untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan seperti hari ini,aku masuk ke dalam bilik air tersebut. Perlahan-lahan. Mujur pintu bilik air itu tidak berkunci. Tidak boleh dikunci atau orang yang berada di dalamnya tidak mengunci aku tidak pasti. Lima saat berlalu. Mahu sahaja pitam aku pada waktu itu juga kerana sebaik sahaja aku menolak pintu itu, aku melihat seorang perempuan dalam lingkungan umur aku sedang berada dalam kedudukan tidak selamat dipandang oleh seorang remaja lelaki seperti aku. Aku segera mengalihkan mata walaupun aku rasa ia merupakan suatu kerugian jika tidak menikmati pandangan di depan mata sambil perempuan tersebut menjerit teriak seakan-akan dia sedang melihat hantu.

Labels: ,